Pada 21 Mei 2026, wakil Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia (YPPM) telah menghadiri Taklimat Integriti Peranan Ejen Lantikan Pusat Pungutan Zakat (PPZ) MAIWP yang berlangsung di Wisma PPZ, Taman Shamelin Perkasa, Kuala Lumpur.

Program ini telah dirasmikan oleh YBhg. Tuan Haji Mohamad Shafiq Abdullah, Penolong Pengurus Besar Khidmat Pelanggan & Ejen PPZ. Taklimat turut disampaikan oleh Tn. Mohd Rajib Bin Adam, Ketua Penolong Kanan Penguasa, Cawangan Kerajaan & Agensi, Bahagian Pendidikan Masyarakat, Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM).
Penganjuran taklimat ini memberi penekanan terhadap kepentingan integriti, amanah dan tanggungjawab dalam melaksanakan peranan sebagai ejen lantikan zakat. Pengisian yang disampaikan bukan sahaja memberi kefahaman berkaitan tadbir urus yang baik, malah memperkukuhkan nilai profesionalisme serta etika dalam pengurusan amanah umat.





Semoga penyertaan dalam program seperti ini dapat terus mempertingkatkan mutu penyampaian perkhidmatan serta memperkukuhkan kepercayaan masyarakat terhadap institusi zakat dan agensi yang terlibat.
“Integriti dalam tugas melahirkan kepercayaan, manakala keikhlasan dalam berkhidmat membawa keberkatan.”
#YPPM
#EjenZakat
#PPZMAIWP
#Zakat
#2026