top of page
'PONDOK TRADISIONAL'
Banyak pondok tradisional menyediakan pondok (tempat tinggal) samada yang diwakafkan ataupun dijual, Dalam kalangan pondok tradisonal, ada juga yang menyediakan perkhidmatan perubatan islam, pemulihan penagih dadah selain mengadakan kelas, kuliah, ceramah dan tazkirah kepada penduduk setempat. Warga pondok sering kali menerima jemputan untuk mengendali majlis dan acara agama termasuk solat jenazah, baca Yasin, nasyid dan sebagainya. Antara kriterianya adalah seperti berikut :

Menggunakan kitab turath,
kitab tua, kitab kuning
“Kitab Turath bukannya ilmu, tetapi ia adalah hasil daripada ilmu yang ada pada penulis. Lalu penulis kitab tersebut menulis berdasarkan ilmu yang ada padanya. Kita mengaji kitab turath adalah untuk memahami akal (pemikiran) penulis kitab tersebut.. kerana itulah ilmu”
(-Dr Amru Al-Wirdani)

Belajar secara bertalaqqi
Atau dalam bahasa yang lebih mudah difahami, bertalaqqi ini ialah kita mengaji al-Quran secara berhadapan dengan guru. Kita baca dan dia dengar dan tegur jika terdapat kesilapan bacaan.

Tiada had umur pelajar
Semua peringkat umur boleh menjadi pelajar

Tiada had tempoh belajar

Tiada ujian/peperiksaan dan tiada sijil kelulusan

Tinggal di pondok
'PONDOK MODEN'
Pondok moden sama seperti tradisional yang membezakan hanya pondok yang menerapkan mata pelajaran akademik seperti Sains dan Matematk, bahasa (Bahasa Inggeris, bahasa Malaysia Bahasa Urdu) dan kemahiran (seperti binaan bangunan, kimpalan, automotif, elektrikal, kulinari, pertanian dan ternakan) tetapi tetap mengekalkan sifat, kaedah, peranan dan semangat pondok.
Yayasan Pembangunan
Pondok Malaysia
bottom of page