top of page
LOGO YPPM.png

Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia (YPPM)

VISI & MISI

 

Matlamat utama penubuhan YPPM adalah untuk memberi pengiktirafan kepada institusi pengajian pondok dan warga pondok yang banyak menyumbang kepada pembangunan dan perkembangan pendidikan Islam serta melahirkan ramai tokoh ilmuwan agama. Ia juga bagi mengiktiraf jasa dan bakti para ulama, tok guru dan tok mudir dalam melahirkan generasi pelajar yang mahir dalam ilmu agama dan pengajian Al-Quran.

 

Yayasan akan membantu dan bekerjasama dengan agensi kerajaan, swasta serta badan bukan kerajaan (NGO) yang lain untuk memaju, membangun dan mengembangkan institusi pengajian pondok bagi memastikan kelangsungannya. Imej sistem pengajian pondok yang mundur dan terpinggir mesti diperbaiki, manakala persepsi pelajar pondok sebagai pelajar kelas kedua, golongan taksub atau pelampau mesti dikikis sama sekali.

 

Misi YPPM adalah memartabat dan memastikan institusi pondok di negara ini lebih berdaya maju dan dapat mempertahankan kelangsungannya. YPPM akan memainkan peranan penting dalam usaha meningkatkan keupayaan dan kejayaan institusi pondok melaksanakan tanggungjawab melahirkan warga yang berilmu dan berwasatiyah.

Tulisan “YAYASAN PONDOK” membentuk imej insan sedang berdoa melambangkan sifat dikalangan umat yang tawaduk, sentiasa beramal dengan ilmu agama yang dipelajari dan juga sifat umat yang berilmu berpengetahuan tinggi dan alim   Dua jalur yang membentuk imej rehal pula melambangkan cara tradisi pembelajaran ilmu di institusi pondok   Kombinasi kedua-dua warna ini melambangkan ilmu yang diturunkan Allah SWT ke muka bumi seluas langit yang tiada sempadannya Dua warna iaitu warna coklat yang melambangkan bumi atau tanah dan warna biru yang melambangkan langit Warna coklat juga melambangkan kematangan dan sikap tanggungjawab serta melambangkan keadaan merendah diri dan sentiasa menjaga maruah Biru adalah warna yang sejuk, damai dan sejahtera yang melambangkan keikhlasan, kestabilan, kedamaian dan ketulenan

CARTA ORGANISASI YPPM

DSC_0700.JPG

Tidak seperti negara jiran (Indonesia & Thailand) kita tidak mempunyai maklumat yang lengkap mengenai pondok. Maklumat yang ada tidak banyak, terpencil dan berselerak

​

Walaupun sistem pengajian pondok bertapak di Malaysia sejak beratus tahun dahulu, belum ada usaha yang serius dan khusus untuk membangunkan pangkalan data komprehensif dan berpusat.

​

Jika ditanya berapa pondok yang ada di Malaysia, tidak ada pihak yang dapat beri jawapan tepat dan meyakinkan. YPPM mengambil inisiatif mengadakan bancian dan menerbitan profil pondok untuk kegunaan awam.

Y. BHG DATO' DR. MASHITAH

Pengerusi Eksekutif YPPM

AHLI LEMBAGA PEMEGANG AMANAH

profile website dato mashitah_edited.jpg
Y. BHG DATO' DR. MASHITAH IBRAHIM

Pengerusi Eksekutif

HAJI JUE_edited.jpg
Y. BHG TUAN HAJI JUHAIDI YEAN ABDULLAH

Ketua Pegawai Eksekutif

DS_edited.jpg
Y. BHG DATUK ABDUL SHAKOR ABU BAKAR

Ahli

DATO PADUKA SYEIKH_edited.jpg
DATO PADUKA SYEIKH HASBULLAH ABD HALIM

Ahli

DR ROSIDAH_edited.jpg
DR. ROSIDAH AHMAD

Ahli

TUAN AZMAN_edited.jpg
TN AZMAN MD YASSIN

Ahli

AHLI LEMBAGA MUTASYAR

UST ZAKARIA_edited.jpg
USTAZ ZAKARIA OTHMAN

Ahli

PROF_edited.jpg
Y. BHG PROF DR. SHUKRI AHMAD

Ahli

DR SULAIMAN_edited.jpg
DR. HAJI SULAIMAN BIN HAJI ISMAIL

Penasihat Hubungan Antarabangsa

Yayasan Pembangunan
Pondok Malaysia

LOGO YPPM.png
bottom of page